Pakej Luar Negara

Dapatkan pakej percutian ke luar negara dengan harga yang terendah di pasaran bersama dengan agensi pelancongan yang dipercayai dan berpengalaman!

Pakej percutian ke Turki menawarkan pengalaman unik bagi mereka yang ingin menikmati gabungan sejarah, budaya, dan keindahan semula jadi. Di Istanbul, pelancong boleh melawat tapak-tapak bersejarah seperti Hagia Sophia, Masjid Biru, dan Istana Topkapi. Bandar ini juga terkenal dengan bazar-bazar tradisionalnya seperti Grand Bazaar dan Spice Bazaar, di mana pelancong boleh membeli barangan tempatan dan menikmati suasana pasar yang meriah.

Di Cappadocia, pelancong akan terpesona dengan pemandangan landskap batuan unik dan rumah-rumah gua purba. Aktiviti menaiki belon udara panas adalah satu kemestian, memberikan peluang untuk menyaksikan pemandangan yang menakjubkan dari ketinggian. Di sini juga, pelancong boleh melawat tapak-tapak bersejarah seperti kota bawah tanah dan muzium terbuka Goreme yang penuh dengan lukisan dinding kuno.

Selain itu, pelancong boleh menikmati keindahan pantai dan laut di Antalya. Kota ini menawarkan pelbagai aktiviti rekreasi seperti berenang, bersnorkeling, dan menikmati keindahan pantai-pantai yang bersih dan indah. Pelancong juga boleh melawat tapak-tapak arkeologi seperti kota purba Aspendos dan Perge. Pakej percutian ke Turki ini menjanjikan pengalaman yang kaya dengan sejarah, keindahan alam, dan kebudayaan yang mempesona.

Harga Musim Biasa
Harga Musim Puncak

TARIKH & HARI

ATURCARA

AKOMODASI & HIDANGAN

 

14 November 2024 Khamis

(Hari 1)

KUALA LUMPUR-ISTANBUL-BURSA

Peserta berkumpul di Kaunter Saudi Airlines KLIA  untuk Daftar Masuk 3 jam sebelum berlepas ke Istanbul. Penerbangan ke Jeddah selama 8 jam 20 minit, transit di Lapangan Terbang King Abdul Aziz Jeddah   selama 2 jam 30 minit dan seterusnya sambung  ke Istanbul pada jam 9:55am.

Dijangka tiba di Istanbul International Airport pada jam 1:45 petang  waktu Istanbul. Sebaik keluar dari Balai Ketibaan, di sambut oleh Panel NUN Travel Turkiye dan terus menaiki bas ke Bursa. Check In hotel, makan malam dan istirehat.

 

 

 

 

Perkhidmatan Dalam Pesawat.

 

1 Malam Hotel di Bursa

Makan Malam

 

15 November 2024

Jumaat

(Hari 2)

BURSA-KUSADASI

Selepas sarapan, melawat Masjid Ulu,Masjid Hijau,Maqam Hijau dan Pasar Sutera. Berpeluang  shopping cenderahati tempatan sebelum teruskan perjalanan ke Kusadesi.

Option: Tambahan USD40 menaiki Kereta Kabel ke Uludag dan tertakluk kepada suasana Salji.

 

 

1 Malam Hotel di Kusadesi

Sarapan Pagi

Makan Tengahari

Makan Malam

 

16 November 2024

Sabtu

(Hari 3)

KUSADESI-PAMUKKALE

Selepas sarapan, melawat Bandar Selcuk dan terokai Ephesus iaitu sebuah tapak arkeologi yang paling luas dan kekal yang masih ada. Melawat Pusat Barangan Kulit Tempatan dan berpeluang shopping serta  melihat peragaan fesyen.

Selepas makan tengahari, berlepas ke Pamukkale, salah sebuah lokasi tarikan pelancongan di Turkiye. Turut melawat Bandar Purba Hierapolis di mana terdapat Mata Air Panas pada Bukit Batu Kapur Semulajadi bertingkat tingkat yang  membentuk  kolam seperti beranda.

Makan malam dan bermalam di Pamukkale. Berpeluang menikmati kehangatan kolam air panas  di hotel.

 

 

 

 

 

 

 

1 Malam Hotel di Pamukkale

Sarapan Pagi

Makan Tengahari

Makan Malam

 

 

 

17 November 2024

Ahad

(Hari 4)

PAMUKKALE-KONYA-CAPPADOCIA

Meneruskan perjalanan ke Konya selepas sarapan.Konya dikatakan pusat permulaan peradaban manusia yang pertama di dalam sejarah dan antara bandar terkenal di Anatolia sepanjang  Empayar Seljuk.Juga terkenal dengan para Ulama’ Islam. Selepas melawat Muzeum Maulana,  perjalanan diteruskan ke Cappadocia yang dianggap sebagai salah satu kejadian geologi  semulajadi yang menakjubkan di dunia. Singgah di Caravanserai iaitu model  R&R atau tempat persinggahahan para pedagang di Laluan Sutera antara Timur dan Barat pada zaman dahulu.

 

 

2 Malam di Cappadocia

Sarapan Pagi

Makan Tengahari

Makan Malam

 

 

18 November 2024

Isnin

(Hari 5)

CAPPADOCIA

Sarapan pagi di hotel seterusnya program sehari menerokai sekitar Cappadocia. Tumpuan utama ke Lembah Goreme ,  Perkampungan Uçhisar,  Bandar Bawah Tanah, Kilang Tradisional Karpet Buatan Tangan dan Tembikar di Kampung Avanos. Makan tengahari di restoran tempatan dan makan malam di hotel.

 

i

 

Sarapan Pagi

Makan Tengahari

Makan Malam

 

 

19 November 2024

Selasa

(Hari 6)

CAPPADOCIA-ANKARA-BOLU .

Selepas sarapan, berlepas ke Ankara,Ankara dikenali sebagai Bandar Ataturk yang merupakan pengasas Republik Turkiye. Melawat Mausoleum yang dibina khas untuk memperingati Attaturk. Kemudian terus menuju ke Bolu. Makan malam dan menginap di Bolu.

 

 

 1 Malam Hotel di Bolu

Sarapan Pagi

Makan Tengahari

Makan Malam

 

 

20 November 2024

Rabu

(Hari 7)

BOLU-ISTANBUL

Selepas sarapan, berangkat ke Istanbul. Destinasi pertama di Istanbul ialah Masjid Sultan Ahmet yang dikenali dengan Masjid Biru., Hippodrome,bergambar diluar Aya Sophia sebelum ke Grand Bazar, seterusnya  dihantar ke hotel.

 

 

1 Malam Hotel di Istanbul

Sarapan Pagi

Makan Tengahari

Makan Malam

 

 

21 November 2024

Khamis

(Hari 8)

ISTANBUL-KUALA LUMPUR

Selepas sarapan, di bawa menaiki Bot untuk menikmati keindahan Selat Bosphorus. Seterusnya ke Bazar Mesir dan Taman tulip. Menjelang petang peserta dihantar ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Malaysia melalui Airport Jeddah.

 

 

Sarapan Pagi

Makan Tengahari

 

22 November 2024

Jumaat

(Hari 9)

 

 

Berlepas dari Jeddah dan dijangka mendarat di KLIA pada jam 3:55 petang Waktu Malaysia.

 

Perkhidmatan Dalam Pesawat

  1. Tiket penerbangan pergi balik Kuala Lumpur ke Istanbul kelas ekonomi.
  2. Sambutan di lapangan terbang yang berkenaan.
  3. Bas berhawa dingin perjalanan ke semua negeri di dalam aturcara.
  4. Pemandu Pelancong tempatan berBahasa Inggeris dan pengiring berBahasa Malaysia.
  5. Tiket ke tempat lawatan sebahagaimana dalam aturcara.
  6. Hidangan makanan sebagaimana dalam aturcara.
  7. Insuran Pengembaraan.
  8. Hotel 3 bintang di setiap destinasi.
  9. Kos tempat lawatan tambahan adalah anggaran dan mungkin berbeza.
  10. Tambahan RM1450 untuk pilihan kembara ke Tanah Suci Mekah meliputi Visa Pelancong,Penginapan Mekah 2 malam, Madinah 1 malam dan pengangkutan Airport Jeddah,Mekah,Madinah dan kembali ke airport Jeddah.
  1. Deposit yang perlu dibayar ketika berdaftar ialah RM1000 seorang termasuk kos visa (sekiranya ada). Bayaran hendaklah dibuat terus kepada pejabat, sama ada secara tunai, cek, draf bank, atau pindahan wang terus ke akaun 
  2. Slip pembayaran hendaklah diserahkan kepada syarikat dan pelanggan perlu mendapatkan resit pembayaran daripada wakil syarikat. Bayaran penuh perlu dijelaskan dalam tempoh 60 hari sebelum tarikh penerbangan.
  1. Pelanggan dinasihatkan untuk membuat langganan insurans perjalanan sendiri atau bertanya dengan perunding kami berkaitan insurans. Jika insurans telah dilanggan sendiri oleh pelanggan, sila rujuk polisi insurans oleh syarikat insurans tersebut untuk ketahui perincian perlindungan.
  2. Kos hospital dan kuarantin sekiranya diperlukan ketika di negara lawatan perlu ditanggung oleh pelanggan.

TARIKH

LALUAN

PESAWAT

KOD

BERLEPAS

TIBA

TEMPOH

14 NOV 2024

KUL JED

SAUDIA

SV841

02:15

06:05

8 Jam 50 Minit

14 NOV 2024

JED IST

SAUDIA

SV257

09:55

13:45

3 Jam 50 Minit

21 NOV 2024

IST JED

SAUDIA

SV274

18:25

22:25

3 Jam 50 Minit

22 NOV 2014

JED KUL

SAUDIA

SV834

01:55

15:55

9 Jam

DAFTAR TEMPAHAN SEKARANG

Lengkapkan maklumat di bawah, pihak kami akan hubungi anda untuk makluman lanjut.

Pilih kuantiti : 0 orang
Pilih kuantiti : 0 orang
Pilih kuantiti : 0 orang

Perlukan Bantuan?

“kami SENTIASA MENANTI ANDA”

WhatsApp kami untuk sebarang pertanyaan berkaitan pakej yang ditawarkan.
Kami juga akan berikan jadual perjalanan yang lengkap dan cara pembayaran terus kepada anda.
Scroll to Top